NILAI: Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung seorang lelaki yang ditemui duduk bersendirian di tepi jalan di Kampung Sompo, Lenggeng di sini dan dipercayai ditinggalkan seseorang di kawasan terbabit pada Isnin diminta menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, sehingga kini polis masih belum menerima laporan berkenaan lelaki terbabit.
"Setakat ini tiada laporan dibuat dan pengenalan diri lelaki itu pun tiada.
"Saya mohon waris atau sesiapa mengenali lelaki terbabit untuk hubungi pihak polis atau Hospital Tuanku Jaafar di Seremban," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, dakwaan lelaki itu yang dia dipukul sebelum ditinggalkan di tepi jalan berkenaan tidak dapat dipastikan lagi.
Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan seorang kakitangan Klinik Kesihatan Lenggeng, V Yogeswaran, 30, yang berada di lokasi berkata, lelaki yang dianggarkan berusia 50-an itu ditemui oleh orang awam dalam keadaan kelaparan kira-kira jam 3 petang.
Menurutnya, lelaki yang hanya berbaju T dan berseluar pendek itu mendakwa telah 'dibuang' di situ selepas dia dipukul.
"Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah ke Taman Asoka, Mantin saya nampak ada polis dan penduduk berkumpul di tepi jalan itu dan apabila saya dekati, rupa-rupanya mereka sedang cuba membantu lelaki terbabit.
"Saya cuba tanya nama dan umurnya, tapi dia cakap tak pasti. Dia mendakwa ada orang yang 'buangnya' di situ selepas dihantar dengan van berwarna putih," katanya.
Berita asal: Polis cari waris lelaki dakwa ditinggalkan di tepi jalan
Sinar Harian
Wed Mar 31 2021
Lelaki yang ditemui duduk bersendirian di tepi jalan di Kampung Sompo, Lenggeng di sini dan dipercayai ditinggalkan seseorang. -Sinar Harian
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
Polis cari waris lelaki dakwa ditinggalkan di tepi jalan
Sehingga kini polis masih belum menerima laporan berkenaan lelaki terbabit.