awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya

Sinar Harian
Sinar Harian
02/07/2022
04:59 MYT
Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya
Lufya cedera di muka selepas bergelut dengan lelaki yang didakwa cuba menculik anaknya di taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Ahad lalu. - Foto Instagram Lufyalaana
PETALING JAYA: Polis akan mengeluarkan lakaran wajah suspek yang disyaki mencederakan seorang pelakon dan cuba menculik anaknya dalam kejadian di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, keterangan pelakon, Lufya itu telah direkod pada Jumaat.
"Keterangannya (Lufya) diambil lebih dua jam oleh pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
"Polis dalam proses untuk membuat lakaran wajah suspek yang didakwa menyerang pelakon itu.
"Kita akan usahakan untuk keluarkan fotofit itu secepat mungkin," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata, identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, keterangan pelakon itu akan diambil pada jam 11 pagi, Jumaat.
Sebelum itu, Lufya telah membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara pada jam 6.59 pagi Rabu.
Pada Selasa, media melaporkan Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa berdepan detik cemas apabila dipukul di bahagian kepala dan badan dengan kayu dalam cubaan seorang lelaki menculik anaknya, Laana Haura, 5, di taman permainan terbabit.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Ahad lalu, Lufya mendakwa, seorang lelaki berbadan besar memukulnya sehingga dia mengalami kecederaan teruk ketika cuba menyelamatkan anaknya itu. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#culik
#Lufya
#gangguan seksual
#fotofit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan