awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis giat kesan lelaki rosakkan bendera, poster BN di TTDI

Bernama
Bernama
08/11/2022
06:34 MYT
Polis giat kesan lelaki rosakkan bendera, poster BN di TTDI
ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kejadian itu berlaku di persimpangan Jalan Athinahpan dan jambatan Jalan Burhanuddin Helmi 1.
KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan dan sedang mengesan pelaku yang merosakkan bendera serta poster Barisan Nasional (BN) di Taman Tun Dr Ismail di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata kejadian itu berlaku di persimpangan Jalan Athinahpan dan jambatan Jalan Burhanuddin Helmi 1.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Ketua Pemuda BN Cawangan Lembah Kiara pada 7 pagi semalam.
"Pengadu dimaklumkan rakannya melalui WhatsApp berhubung kejadian itu sebelum ke lokasi bagi mengesahkannya dan mendapati tali yang digunakan untuk menggantung bendera parti telah dipotong selain poster yang digantung turut dirosakkan.
"Semakan polis mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di situ atau CCTV dari kediaman berhampiran yang memfokus ke arah lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Amihizam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah khianat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Polis mengingatkan semua yang terlibat semasa Pilihan Raya Umum ke-15 supaya tidak melakukan sebarang provokasi yang boleh mengganggu proses demokrasi dan mengingatkan penyokong masing-masing agar tidak melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur (03-2115 9999) atau balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#rosakkan bendera parti
#polis
#TTDI
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan