awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis jadi sasaran utama kumpulan pengganas Daesh - Saifuddin

Bernama
Bernama
25/06/2024
10:12 MYT
Polis jadi sasaran utama kumpulan pengganas Daesh - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, pihak berkuasa mengenal pasti modus operandi kumpulan itu yang menjadikan orang kenamaan dan pasukan polis sebagai sasaran utama. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Operasi risikan dan tangkapan pihak berkuasa telah berjaya mematahkan cubaan mengembangkan ideologi Daesh, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa berjaya mematahkan cubaan mengembangkan ideologi Daesh melalui operasi risikan dan tangkapan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Modus operandi kumpulan ini mensasarkan orang kenamaan dan pasukan polis kerana ideologi mereka tidak selari dengan pemerintahan kerajaan.
  • Lapan warga tempatan, termasuk enam lelaki dan dua wanita, ditahan di empat negeri atas penglibatan dengan ideologi Daesh, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau berkata berdasarkan siasatan, pihak berkuasa mengenal pasti modus operandi kumpulan itu yang menjadikan orang kenamaan dan pasukan polis sebagai sasaran utama yang berpotensi untuk diserang, apabila ideologi dan kepercayaan mereka tidak selari dengan pemerintahan kerajaan.
"Maka urutan keutamaan (mereka) sebagai sasaran adalah pasukan polis dalam mengalahkan sesebuah kerajaan.
"Namun hakikatnya, kita berjaya mengesan dan mematahkan gerakan (ideologi) itu, dan dalam proses perisikan dan siasatan awal kita telah establish (rumuskan) motif yang menyasarkan beberapa orang kenamaan dan pegawai tertinggi polis," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agong Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara (RESPA) Kali ke-40 di Maktab PDRM, di sini. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Saifuddin Nasution berkata keyakinan idealisme mereka yang tersebar menyebabkan ia diklasifikasikan sebagai satu bentuk ancaman dan wajar ditentang kerana ia akan mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Semalam media melaporkan lapan warga tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dengan ideologi kumpulan pengganas Daesh dalam satu operasi serentak di empat negeri pada Sabtu dan Ahad lepas.
Tangkapan membabitkan enam lelaki dan dua wanita itu dibuat di Kelantan, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Kesemua suspek yang berusia 25 hingga 70 tahun itu ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Daesh
#Malaysia
#ancaman pengganas
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan