awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Johor potong bekalan elektrik 470 premis judi dalam talian

Bernama
Bernama
04/03/2025
10:45 MYT
Polis Johor potong bekalan elektrik 470 premis judi dalam talian
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata sebanyak 88 lesen perniagaan yang terlibat dalam kegiatan itu turut dibatalkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tempoh berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebanyak 470 premis judi dalam talian di Johor dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik dari Januari 2024 hingga 26 Feb lepas.
Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar berkata sebanyak 88 lesen perniagaan yang terlibat dalam kegiatan itu turut dibatalkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam tempoh berkenaan.
Beliau berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat akses laman web yang terlibat bagi mengekang aktiviti judi dalam talian.
"Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan pihak berkuasa dalam memastikan jenayah perjudian dapat dibanteras demi kesejahteraan masyarakat," katanya dalam kenyataan.
Terbaharu, operasi pemotongan bekalan elektrik dilakukan membabitkan 86 premis pada 25 dan 26 Feb lepas.
Beliau berkata operasi dijalankan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289) dengan membabitkan 64 pegawai kanan dan rendah polis, 48 petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta tujuh anggota PBT.
Kumar berkata kawasan Iskandar Puteri mencatatkan 19 premis, iaitu yang paling tinggi, diikuti Johor Bahru Selatan (14), Kota Tinggi (11), Johor Bahru Utara (10), Muar (7), Batu Pahat (6), Pontian (5), Kluang (4), Kulai (4), Segamat (3), Mersing (2) dan Tangkak (1).
"Selain pemotongan elektrik, tindakan penyitaan dikenakan terhadap tujuh premis di Muar dan satu di Tangkak. Sebanyak lapan premis turut dikenakan tindakan pembatalan lesen dalam operasi ini," katanya.
Beliau berkata pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang bentuk aktiviti perjudian dan sentiasa menjalankan pemantauan serta pemeriksaan di premis bagi membanteras kegiatan itu daripada aktif dan berleluasa.
Justeru, beliau turut menasihati semua pemilik premis untuk memastikan penyewa tidak menyalahgunakan premis bagi menjalankan aktiviti perjudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis johor
#premis judi dalam talian
#potong bekalan elektrik
#lesen perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan