awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Johor tembak mati tiga penyamun di Ulu Tiram

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2014
11:17 MYT
Polis Johor tembak mati tiga penyamun di Ulu Tiram
Polis Johor menembak mati tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam 25 kes samun di negeri itu dan Perak dalam kejadian berbalas tembak di Ulu Tiram awal pagi Sabtu.
Tiada sebarang identiti diri ditemui pada ketiga-tiga lelaki berkenaan dan polis percaya mereka adalah warga asing.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Shariff berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan sebelum itu menyamun sebuah rumah kongsi pekerja tidak jauh daripada tempat kejadian.
Menceritakan detik-detik kejadian, beliau memberitahu pihak polis telah menghampiri lelaki berkenaan untuk tujuan pemeriksaan.
"Namun suspek telah mengeluarkan sepucuk revolver dan melepaskan dua das tembakan ke arah pihak polis manakala dua lagi suspek telah mengeluarkan parang dan melibas ke arah pihak polis," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat polis kontijen Johor di sini, hari ini.
Tegas Mohd Mokhtar, polis mempunyai hak dari segi undang-undang mempertahankan diri dan terpaksa melepaskan tembakan.
"Polis bukan dibayar gaji untuk dibunuh, untuk diserang. Kami ada di sini untuk menguatkuasakan undang-undang," katanya.
Pada sidang media itu, polis turut mempamerkan beberapa barangan yang ditemui daripada ketiga-tiga lelaki berkenaan termasuk tangkal dan barang-barang yang disamun.
Sementara itu, Mohd. Mokhtar memaklumkan polis Johor sudah berjaya mencapai KPI yang ditetapkan iaitu mengawal peningkatan kadar jenayah tidak lebih lima peratus dan menyelesaikan kes lebih 40 peratus.
Polis Johor juga katanya telah mengutip kompaun sebanyak RM20.3 juta hasil daripada 413 operasi oleh polis cawangan trafik serta mengeluarkan lebih 550,000 saman.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Johor
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan