awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Johor terima dua laporan berkaitan Jocelyn Chia

Bernama
Bernama
14/06/2023
13:19 MYT
Polis Johor terima dua laporan berkaitan Jocelyn Chia
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 504/ 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis Johor menerima dua laporan berhubung pelawak Jocelyn Chia yang memperlekeh Malaysia dan mempersenda tragedi kehilangan pesawat MH370.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan telah dijalankan mengikut Seksyen 504/ 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata permohonan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) telah dibuat semalam untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wanita itu bagi membantu siasatan.
"Polis Kontinjen Johor komited dalam menjalankan siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak memainkan isu ini yang mana boleh menggugat ketenteraman awam, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarul Zaman turut mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai berkaitan perkara itu dengan menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di talian 07-2182 323 atau Pegawai Penyiasat kes ASP Kamal Halimah Rani di talian 019-4346 858.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jocelyn Chia
#laporan polis
#Johor
#Kamarul Zaman Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan