awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Teliti semula pendekatan ekonomi agar tumpu inovasi tempatan - Liew
MALAYSIA
Polis tahan dua individu, rampas dadah hampir RM11 juta di Bukit Kayu Hitam
MALAYSIA
Majlis Bandaraya Ipoh bersihkan rumah warga emas dipenuhi sampah buat kali kelima
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Polis jumpa 177 peluru hidup dalam beg plastik

Bernama
Bernama
18/02/2013
09:00 MYT
Polis jumpa 177 peluru hidup dalam beg plastik
Polis menemui 177 peluru hidup dalam beg plastik yang disorok dalam timbunan pasir di luar sebuah rumah di Anjung Bercham Megah di Ipoh, semalam.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata polis menyerbu rumah itu kerana disyaki sebagai tempat memproses dadah sebelum menemui 149 peluru hidup jenis 9mm dan 28 biji peluru jenis .22, kira-kira pukul 2 petang.
"Serbuan itu sebenarnya untuk mencari alat-alat digunakan untuk memproses dadah, namun pemeriksaan di dalam rumah tidak menjumpai sebarang dadah.
"Pemeriksaan juga dibuat di luar rumah dan terlihat timbunan pasir dalam keadaan tersorok," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata polis telah melakukan pemerhatian ke atas rumah setingkat berkembar selama seminggu dan mendapati rumah itu sentiasa tertutup.
Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut mengenai penemuan peluru masih dijalankan.
"Rumah ini telah dibeli oleh orang asing dan terdapat beberapa lelaki kelihatan di rumah itu tetapi kebiasaannya tiada penghuni," katanya.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Datuk A. Paramasivam
#peluru hidup
#Timbalan Ketua Polis Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami