awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kedah sedia hantar anggota bantu mangsa banjir pantai timur

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
31/12/2021
23:30 MYT
Polis Kedah sedia hantar anggota bantu mangsa banjir pantai timur
Kamarul Zaman berkata, pihak IPK Kedah turut bersiap sedia sekiranya berlaku banjir gelombang kedua di negeri ini. - Foto Astro AWANI
ALOR SETAR: Polis Kedah mempersiapkan 300 anggotanya untuk membantu negeri-negeri yang dilanda bencana banjir sekiranya diminta berbuat demikian.
Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sekiranya keadaan banjir, khususnya di negeri-negeri pantai timur memburuk, polis negeri bersedia menghulurkan bantuan.
Bantuan membabitkan dari segi anggota dan logistik, katanya, sambil menambah, polis negeri juga bersedia dengan kelengkapan dan anggota-anggota yang terlatih.
"Kita siap sedia. Kerana, pihak Polis Diraja Malaysia secara keseluruhannya pun memang bersiap sedia untuk digerakkan ke pantai timur atau mana-mana negeri berdekatan, bersebelahan," katanya.
Beliau ditemui ketika menyertai Op Khas Ambang Tahun Baru 2022 di sini, malam tadi.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah turut bersiap sedia sekiranya berlaku banjir gelombang kedua di negeri ini.
Katanya, perbincangan serta latihan bersama agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam telah dimulakan bagi bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Datuk Kamarul Zaman Mamat bercakap kepada media ketika menyertai Op Khas Ambang Tahun Baru 2022 di Alor Setar, malam tadi. - Foto Astro AWANI
Datuk Kamarul Zaman Mamat ditemui ketika menyertai Op Khas Ambang Tahun Baru 2022 di Alor Setar, malam tadi. - Foto Astro AWANI
"Saya pasti kelengkapan-kelengkapan yang telah kita semak, termasuk bot trak, bot enjin dan sebagainya, dalam keadaan siap sedia.
"Insya-Allah jika berlaku bencana banjir kita bersama-sama dapat menyelesaikannya," tambahnya.
Khamis lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda negeri ini, melibatkan daerah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Polis Kedah
#Kamarul Zaman Mamat
#gelombang kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan