MANJUNG: Polis berjaya menahan seorang lelaki didakwa bertindak melarikan isteri orang menaiki sebuah kereta dalam satu aksi kejar di bandar Seri Manjung di sini pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, suspek berusia 31 tahun berjaya diberkas selepas cuba melarikan diri dengan memberhentikan kenderaan di hadapan sebuah restoran.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, berlaku pergelutan antara anggota polis dan suspek sebelum lelaki itu berjaya ditahan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, suspek telah meminta bantuan daripada wanita berusia 34 tahun yang dikenali melalui aplikasi WeChat itu untuk mengambilnya di sebuah bangunan penginapan dalam daerah Manjung.
Katanya, wanita yang bekerja sebagai juruwang itu kemudiannya meminta suami untuk mengekorinya secara berasingan kerana bimbang akan keselamatan diri.
"Semasa tiba di lokasi, suspek menyedari kehadiran suami wanita itu dan meminta untuk memandu kereta terbabit dengan alasan ada orang sedang mengejarnya.
"Lelaki itu beranggapan suami wanita terbabit adalah pemungut hutang kerana suspek sebelum ini telah beberapa kali melarikan diri atas masalah hutang yang masih belum dijelaskan," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.
Nor Omar berkata, suspek didapati memandu kenderaan itu secara berbahaya menghala ke Seri Manjung dan enggan berhentikan kenderaan apabila diarahkan polis peronda.
Ujarnya, suspek juga bertindak memandu melawan isyarat lalu lintas dan melanggar sebuah kenderaan peronda polis yang menghalangi jalan bagi memberhentikan kenderaan itu.
"Tiba di hadapan sebuah restoran, suspek telah memberhentikan kereta dan cuba mengambil sebuah motosikal yang berada di sana, namun tidak berjaya menyebabkan suspek bertindak masuk semula ke dalam kereta.
"Polis yang tiba cuba menahan suspek, namun berlaku pergelutan sebelum berjaya menahan suspek," katanya.
Beliau berkata, semakan dibuat mendapati, suspek tidak bekerja dan mempunyai dua rekod jenayah lampau dalam kesalahan penyalahgunaan dadah.
Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing juga didapati suspek, positif dadah jenis methaphetamine.
"Suspek akan direman bagi siasatan kes di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan atas kesalahan melarikan wanita yang bersuami dengan niat jenayah.
"Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya.
Aksi kejadian kejar membabitkan kereta dipandu suspek dengan kenderaan polis itu tular dalam media sosial.
Menerusi rakaman video tersebut, kenderaan suspek enggan memberhentikan kereta meskipun telah diarahkan polis.
Artikel asal di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed May 04 2022
Nor (gambar kecil) berkata, suspek bertindak memandu melawan isyarat lalu lintas dan melanggar sebuah kenderaan peronda polis. - Gambar/ Sinar Harian/ Media sosial
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Polis kejar lelaki didakwa larikan isteri orang
Menerusi rakaman video tular tersebut, kenderaan suspek enggan memberhentikan kereta meskipun telah diarahkan polis.
Dakwaan anggota berpangkat Sarjan Mejar larikan isteri orang disiasat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata buat masa ini pihaknya telah menerima beberapa laporan polis oleh suami wanita tersebut.