awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
Anak perempuan Kim Jong Un lakukan kunjungan pertama ke makam keluarga
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan kesan tiga lelaki bantu siasatan kes tembak di Bachok

Adam Darwish
Adam Darwish
28/04/2023
03:46 MYT
Polis Kelantan kesan tiga lelaki bantu siasatan kes tembak di Bachok
Muhamad Zaki berkata, semua individu yang ditangkap, termasuk mangsa, berusia dalam lingkungan 23 hingga 28 tahun, serta saling mengenali. - Gambar fail
KOTA BHARU: Tiga lelaki sedang diburu polis bagi membantu siasatan berkaitan kes kecederaan seorang lelaki berusia 27 tahun yang ditembak di kaki dalam kejadian di Gunong, Bachok, semalam.
Difahamkan, polis dimaklumkan mengenai kecederaan akibat kesan tembakan itu menerusi laporan Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian jam 9.23 pagi semalam.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, susulan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok berjaya menangkap tiga lelaki bagi membantu siasatan.
"Hasil siasatan awal mendapati, dua lelaki yang ditangkap adalah selepas mereka datang ke kawasan tali air di Kampung Tepus, Gunong, untuk bermain judi.
"Manakala satu lagi tangkapan adalah suspek yang datang bersama tiga rakan jenayah yang masih bebas, untuk melakukan samun, hasil perniagaan mangsa (yang cedera ditembak) dan perjudian ketika kejadian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Muhamad Zaki, kesemua yang ditangkap, termasuk mangsa, berusia dalam lingkungan 23 hingga 28 tahun, serta saling mengenali.
Katanya, kesemua yang ditahan turut memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah, termasuk salah seorang positif dadah jenis methamphetamine.
"Kesemua tangkapan akan direman hari ini. Kes diklasifikasi di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat)," tambahnya.
Topic Berkaitan
#tembakan
#HUSM Kubang Kerian
#Muhamad Zaki Harun
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan