awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan laksana PKPD lebih awal di Kg Dalam Huma, guna dron pantau pergerakan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/12/2020
07:50 MYT
Polis Kelantan laksana PKPD lebih awal di Kg Dalam Huma, guna dron pantau pergerakan
Shafien (kanan) bersama Ketua Jajahan Pasir Puteh Ab Pattah Hasbullah (tengah) semasa meninjau Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah yang penghuninya dikenakan PKPD di Bukit Awang, Pasir Puteh, 6 Dis, 2020. --fotoBERNAMA
PASIR PUTEH:Polis Kelantan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) lebih awal di Kampung Dalam Huma di sini yang akan dikuatkuasakan mulai esok (Isnin).
Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata sekatan keluar masuk ke kampung ini sudah dimulai dua hari lalu bagi mengawal pergerakan.
"Berkuat kuasa esok, kawasan ini diisytiharkan PKPD, namun begitu pihak polis telah melaksanakan arahan ini bermula semalam lagi.
"Melihat kepada jumlah terlibat ramai, jadi kita buat sekatan lebih awal. Semua dah buat saringan," kata Shafien.
Pihak polis akan turut menggunakan dron bagi mengawasi pergerakan kerana ia berhampiran sempadan Besut, Terengganu.
Kampung ini mempunyai sekitar 300 penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar pondok Madrasah al Diniah al Falahiah.
Kampung ini juga hanya mempunyai dua jalan keluar masuk yang sudah dikawal rapi oleh pasukan keselamatan.
Kampung Dalam Huma dikenakan PKPD pertama di Kelantan hingga 20 Disember selepas menyaksikan 55 Kluster Huma dikesan pada Sabtu.
Setakat ini hanya empat daerah di Kelantan dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) iaitu Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas.
Topic Berkaitan
#Kg Dalam Huma
#PKPD
#Kelantan
#Kluster Huma
#COVID-19
#Shafien Mamat
#sekatan
#Madrasah Ad-Diniah Al-Falahiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan