MALAYSIA
Polis Kelantan pantau pengasas produk, pempengaruh terlibat jenayah

Mohd Yusoff (tengah) menyampaikan watikah kenaikan pangkat kepada pegawai terlibat semasa Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu pada Khamis.
KOTA BHARU: Pengasas produk dan pempengaruh di negeri ini masih dalam pemantauan dan risikan Polis Kelantan.
Ringkasan AI
- Polis Kelantan mengesahkan pengasas produk dan pempengaruh di negeri itu masih dalam pemantauan dan risikan, susulan beberapa tangkapan berkaitan kegiatan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.
- Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata kebanyakan suspek dipercayai menggunakan perniagaan sebagai modus operandi untuk menyembunyikan aktiviti jenayah.
- Beliau menyatakan komitmen pihak polis untuk terus memburu individu yang terlibat, termasuk pengasas produk dan pempengaruh, dalam usaha membanteras jenayah tersebut.
Media tempatan melaporkan Polis Kelantan mendedahkan ramai pengasas produk dan pempengaruh di negeri ini disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.
Menurut Mohd Yusoff ia berdasarkan beberapa tangkapan yang dilakukan sebelum ini.
Malah kebanyakan mereka dipercayai menggunakan modus operandi sama iaitu berselindung di sebalik perniagaan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami