awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan tidak berkompromi terhadap ekstremisme agama
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Pilihan Raya DBKL: Adakah pemilihan jamin ketelusan, bebas pengaruh asing? - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kelantan sasar tahan 60 penagih sehari dalam operasi 'Jihad Dadah'

Bernama
Bernama
21/09/2025
10:51 MYT
Polis Kelantan sasar tahan 60 penagih sehari dalam operasi 'Jihad Dadah'
Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata golongan penagih, dikenal pasti sebagai penyumbang utama jenayah harta benda, khususnya kes mencuri dan memecah masuk rumah. - Gambar fail
KOTA BHARU: Polis Kelantan menyasarkan untuk menahan sekurang-kurangnya 60 penagih dadah setiap hari melalui operasi "Jihad Dadah" dalam usaha menurunkan kadar jenayah harta benda di negeri itu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata golongan penagih, dikenal pasti sebagai penyumbang utama jenayah harta benda, khususnya kes mencuri dan memecah masuk rumah.
Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri untuk melaksanakan operasi tangkapan secara berterusan.
"Secara mudah, di mana-mana sahaja, bukan hanya di Kelantan, dadah sememangnya berkait rapat dengan jenayah, terutama jenayah harta benda. Apabila kita terus melaksanakan "Jihad Dadah", maka kadar jenayah ini dapat dikurangkan.
"Golongan penagih sudah dikenal pasti melakukan kebanyakan jenayah harta benda, berbeza dengan jenayah kekerasan yang lebih sukar dicegah," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bagi bulan September di sini, hari ini.
Mohd Yusoff berkata indeks jenayah harta benda mencatatkan penurunan 26.6 peratus berbanding tahun lepas, namun polis tidak boleh berpuas hati dan akan terus melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penagih dadah
#Jihad Dadah
#jenayah
#polis
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan