KOTA BHARU: Polis Kelantan menumpaskan dua sindiket mengedar dadah dikenali sebagai 'Mat Yo' dan 'Datin', selepas menahan 13 individu termasuk empat wanita warga Thailand, dan merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai keseluruhan hampir RM7 juta, dalam empat serbuan sejak Rabu lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata dalam serbuan pertama 5 Mei lepas, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun di sebuah apartment di Kota Bharu selepas menjumpai satu beg plastik toto yang berisi 14 bungkusan mengandungi 84,000 biji pil kemerahan disyaki dadah bernilai sekitar RM840,000 dipercayai miliknya.
"Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Tanah Merah pada keesokkan harinya dan menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 43 tahun. Selepas pemeriksaan polis menemukan 378,000 pil kuda dianggar RM3.78 juta di premis berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki itu dipercayai anggota sindiket 'Mat Yo', dan pada dua hari berikutnya polis menahan 11 lagi individu dipercayai anggota sindiket 'Datin'.
Katanya ia bermula dengan tangkapan pada 7 Mei lepas, apabila polis menahan seorang lelaki Thailand berusia 37 tahun di sebuah rumah di Kota Bharu selepas menjumpai dua botol plastik mengandungi kodein (ubat batuk) dan 30 bungkusan berisi pil merah dan hijau disyaki dadah.
"Kemudian, bertindak atas maklumat, polis menahan sebuah kenderaan di sekitar Kota Bharu dan menahan dua lelaki tempatan berusia 36 dan 24 tahun selepas menemukan 17 bungkusan mengandungi syabu di dalam kenderaan berkenaan," katanya.
Shafien berkata berdasarkan dua tangkapan itu, polis menahan empat lagi lelaki tempatan dan empat wanita warga Thailand, termasuk seorang yang bergelar Datin di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas dan Tanah Merah, semalam, bagi membantu siasatan.
Beliau berkata bagi sindiket 'Datin', polis merampas 180,000 biji pil kuda dan hampir 15 kilogram syabu, masing-masing bernilai RM1.8 juta dan RM540,000, dengan nilai sitaan pelbagai barangan berjumlah lebih RM300,000.
Menurutnya polis turut menyita pelbagai jenis barangan daripada semua anggota kedua-dua sindiket itu, yang berumur antara 23 dan 48 tahun, dan merampas pelbagai barangan lagi, antaranya kereta, barang kemas dan jam tangan, yang nilai keseluruhan dianggar berjumlah lebih RM369,000.
"Kesemua mereka (13 individu) ditahan reman selama tujuh hari bermula tarikh tangkapan dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya," katanya.
Shafien turut berkata keseluruhan jumlah rampasan dadah bagi kedua-dua sindiket berkenaan boleh digunakan seramai 305,000 penagih dan ia dipercayai bagi pasaran di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 09 2021
Polis turut menyita pelbagai jenis barangan daripada semua anggota kedua-dua sindiket itu, yang berumur antara 23 dan 48 tahun. - Gambar hiasan
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah
Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.
Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.
Dua wanita ditahan seludup pil yaba bernilai lebih RM120,000
Kedua-dua suspek ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sering, Kota Bharu, Isnin lepas.
Peniaga jadi mangsa 'phone scam', rugi RM692,500
Seorang peniaga berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM692,500 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan 'phone scam'.
Polis Kelantan tidak kompromi kes pegawai disyaki rogol wanita
Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap kes seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor selepas disyaki merogol seorang wanita yang membuat laporan di pejabat suspek.
Polis Kelantan rampas 16 pucuk pistol sepanjang tempoh Januari-November 2023
Polis Kelantan telah merampas sejumlah 16 pucuk pistol pelbagai jenis sepanjang Januari hingga November tahun ini, yang menyaksikan peningkatan berbanding sembilan bagi tempoh sama pada 2022.
Polis tahan 30 pelajar terlibat kesalahan dadah di Kelantan
Polis Kelantan menahan 30 pelajar kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan dadah dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Kes tembak: Empat direman, 25 saksi diambil keterangan
Kesemua empat suspek yang berumur 25 hingga 36 tahun itu direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 September.
Polis buru suspek, kereta kes tembak di Machang
Polis sedang mengesan suspek dan kereta Honda yang terlibat dalam kejadian tembak melibatkan seorang lelaki maut di Jalan Hutan Kuin, Machang, Ahad lepas.
Polis tahan warga Thailand, rampas dadah bernilai lebih RM2 juta
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2 juta dan menyita harta bernilai RM379,817 dalam Ops Tapis Khas yang dijalankan mulai 6 Ogos hingga semalam (19 Ogos).