awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Kuching: Jumlah mangsa menurun, PPS meningkat
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis keluar 276 saman kepada penunggang motosikal bawah umur

Bernama
Bernama
02/11/2024
20:45 MYT
Polis keluar 276 saman kepada penunggang motosikal bawah umur
Mohd Shokri ketika ditemui pada Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat IPD Padang Besar di Padang Besar, 2 Nov 2024. - Foto BERNAMA
PADANG BESAR: Sebanyak 276 saman pelbagai kesalahan dikeluarkan pihak polis daerah Padang Besar terhadap penunggang motosikal bawah umur yang berusia antara 13 tahun hingga 16 tahun bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata statistik itu menunjukkan peningkatan 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas yang hanya mencatatkan 206 saman melibatkan penunggang motosikal bawah umur.
"Antara kesalahan trafik yang kita dapati daripada mereka bawah umur ini ialah menunggang motosikal tanpa lesen, tidak memakai topi keledar dan pengubahsuaian motosikal," katanya kepada Bernama pada Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di sini semalam.
Turut hadir sama Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
Mohd Shokri berkata bagi mendidik golongan bawah umur mengenai keselamatan jalan raya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) antaranya turut mengadakan 'Op Didik' dengan melaksanakan ceramah advokasi kepada pelajar sekolah menengah di sekitar Padang Besar.
"Pada mulanya, kami memberikan ceramah advokasi kepada pelajar dan selepas dua bulan, pemeriksaan akan dijalankan. Sekiranya pelajar didapati melanggar peraturan, tindakan sewajarnya akan diambil," katanya.
Mohd Shokri berkata tindakan akan diambil terhadap terhadap ibu bapa yang membenarkan anak-anak bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#saman
#Polis Padang Besar
#penunggang motosikal bawah umur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan