KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti individu dalam video tular yang membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah kediaman ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata hasil siasatan mendapati perbuatan itu dilakukan dari sebuah premis kediaman di Jalan Cendana, Kampung Baru, di sini baru-baru ini.
"Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah mengenal pasti individu berkenaan dan tindakan pengesanan sedang dijalankan.
"Tindakan berkenaan merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kemudaratan awam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Noor Dellhan berkata bagaimanapun pihaknya juga masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana mangsa berhubung kejadian itu.
Sehubungan itu, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 bagi membantu siasatan.
Semalam, tular sebuah video berdurasi seminit 43 saat dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok dikenali sebagai @syrupboy yang memaparkan perbuatan seorang lelaki membaling botol kaca ke arah jalan raya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Feb 03 2023

Polis telah mengenal pasti individu dalam video tular yang membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah kediaman ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan. - BERNAMA

PKNS santuni gelandangan ibu kota, ringankan beban menjelang Ramadan
PKNS berkerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Pertubuhan Jejak Jalanan, dalam menghulurkan sumbangan.

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

PDRM siasat video tular dua lelaki hina nabi - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima laporan berhubung video tular dalam media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Klip video tular: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Titiwangsa mohon maaf
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Sam Adnan membuat permohonan maaf berhubung video dakwaan cubaan curi kertas undi ketika proses pengiraan bagi pemilihan jawatankuasa sayap pada Ahad.

Polis siasat kes gaduh di tengah jalan
Semakan juga mendapati individu yang terlibat telah membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik IPD Klang Selatan.

Video penceramah agama hina polis adalah video lama - PDRM
Semakan mendapati penceramah terbabit telah dituduh di mahkamah Pulau Pinang pada 26 Ogos 2016.

'Saya sudah 6 bulan tidak tinggal bersama isteri' - Musa Hassan
Musa menjelaskan, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baharu sahaja berlaku tetapi ia sudah berlarutan hampir tiga tahun.

Isu pakaian di HTAA: Salah faham antara pengawal keselamatan, pelawat
Insiden ketika waktu melawat itu berkemungkinan akibat salah faham mengenai definisi berpakaian untuk masuk ke hospital oleh pengawal keselamatan.

Polis sahkan buka kertas siasatan kes Musa Hassan, isteri - Ketua Polis KL
Polis mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial.

Kenderaan SUV rempuh kafe ketika sesi podcast berlangsung
Dalam rakaman video itu, Reeves dan tamu jemputannya, Alexsey Reyes, dilihat teranjak dan terhimpit sedikit akibat impak rempuhan.

Musa Hassan kongsi enam tabiat yang tidak patut isteri amalkan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerusi ciapan di Twitternya berkongsi enam tabiat yang tidak patut diamalkan oleh isteri.

Video tular kanak-kanak keluar kepala dari MPV: Polis minta perakam tampil bantu siasatan
Polis juga telah berjaya mengesan pemandu dan penumpang yang berada dalam kenderaan MPV seperti dalam video tular berkenaan.