KUALA LUMPUR: Polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika operasi rondaan Op Khas Pagar Laut dijalankan di perairan Kunak pada 8.30 pagi semalam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata buat masa ini, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek lain yang turut terlibat, namun warganegara suspek masih belum boleh didedahkan.
Beliau berkata seorang daripada dua anggota yang cedera itu sudah menjalani pembedahan mata susulan kejadian itu bagi mengeluarkan peluru dan kini berada dalam keadaan stabil.
"Di sini saya ingatkan kita nampak ini sebagai satu kes rompakan laut pada musim perayaan, ada yang nak balik dari Kunak ke Semporna menaiki bot, perompak ini ambil kesempatan rompak bot yang ada di laut," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Razarudin berkata Pasukan Polis Marin sudah diarahkan untuk membuat rondaan dengan lebih kerap ekoran kejadian itu bagi memastikan ia tidak berulang.
"Setakat ini, siasatan kita (polis) memang nampak dia (perompak) ambil peluang untuk merompak.
"Ini bukan trend perayaan, memang kebetulan dia rompak (pada) hari itu," katanya.
Terdahulu, Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Laksamana Pertama (M) Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata ketika kejadian, anggota Maritim Malaysia melihat sebuah bot yang mencurigakan berada di perairan itu sebelum cuba untuk menghampiri bot berkenaan.
Bagaimanapun, menurut beliau semasa anggota menghampiri bot berwarna biru itu, tiga suspek yang dipercayai berada di dalam bot berkenaan telah melepaskan tembakan ke arah anggota Maritim Malaysia.
Beliau berkata bot terbabit kemudian memecut ke arah perairan negara dan anggota yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Pasukan Polis Marin sudah diarahkan untuk membuat rondaan dengan lebih kerap ekoran kejadian itu bagi memastikan ia tidak berulang. - Foto Maritim Malaysia
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
Houthi dakwa tembak dron pengintip tentera AS di Laut Merah
Houthi dakwa, dron milik Amerika Syarikat MQ-9 telah ditembak jatuh berhampiran bandar pelabuhan Laut Merah, Hodeidah pada Isnin.
Pendakwa raya siasat serangan di stesen TV ditemui mati
Cesar Suarez ditemui mati dengan kesan tembakan di Guayaquil, wilayah Guayas pada Rabu.
Polis tubuh pasukan khas siasat, buru dua suspek kes tembak di Sibu
Polis sedang memburu dua suspek yang melepaskan tembakan dalam sebuah kedai kopi di Jalan Wong King Huo di Sibu semalam.
Askar rejim Zionis tembak mati 2 penduduk di Tebing Barat
Seorang warga Palestin maut akibat ditembak tentera Israel di barat Ramallah di Tebing Barat pada Isnin malam.
Tentera Israel tembak sesiapa sahaja yang keluar dari Hospital Al-Shifa - Doktor
Tentera Israel sikatakan melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari Hospital Al-Shifa di Gaza.
Lelaki ditahan disyaki tembak anjing liar guna senapang patah
Seorang lelaki ditahan disyaki menembak anjing liar menggunakan senapang patah di Pantai, dekat Seremban semalam.
Mangsa tembak ada rekod dadah, jenayah
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa berusia 38 tahun itu merupakan seorang peniaga.
Bertengkar kerana anjing, lelaki lepas tembakan ragut 2 nyawa
Dua maut, manakala enam lagi cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar rumahnya ekoran pertengkaran yang dipercayai berpunca daripada isu anjing peliharaan.