KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti sindiket pelaburan saham mata wang digital atau kripto dalam talian yang didakwa menggunakan platform M2DCoin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata siasatan mendapati platform M2DCoin adalah laman web digital exchanger luar negara yang menggunakan hosting di Arizona, Amerika Syarikat.
Menurutnya, laman itu sudah beroperasi selama sembilan bulan dan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan operasi mata wang kripto dari mana-mana negara serta kini ia tidak dapat diakses.
"Siasatan mendapati, pelaburan itu mula beroperasi sekitar pertengahan tahun lalu dan pelabur akan dihubungi melalui aplikasi WhatsApp untuk tawaran pelaburan.
"Pelabur yang berminat akan diberikan kemudahan mengakses platform M2DCoin bagi memudahkan mereka membuat pelaburan serta dijanjikan keuntungan yang tinggi selepas membuat pembayaran melalui orang tengah untuk menguruskan pelaburan mereka," katanya dalam kenyataan semalam.
Zainuddin berkata, setakat ini pihaknya menerima satu laporan mengenai pelaburan saham mata wang kripto itu dan menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat atau sudah melabur dalam skim sama untuk membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 19 2021

Setakat ini, polis menerima satu laporan mengenai pelaburan saham mata wang kripto itu.

Polis tumpaskan kegiatan curi motosikal 'Geng Azhar'
Polis menumpaskan kegiatan mencuri motosikal didalangi Geng Azhar yang aktif melakukan jenayah itu sejak akhir tahun lepas.

China benarkan paras pencemaran udara lebih tinggi 'sedikit' tahun ini
Standard kualiti udara kebangsaan China kini pada paras 35 mikrogram per meter kubik, yang sudahpun melebihi paras yang disyorkan WHO.

Keputusan Mahkamah Persekutuan buka ruang cabar peruntukan jenayah Islam - Pembela
Pembela berkata Menteri Undang-undang perlu melihat balik perlembagaan dan mengemukakan pindaan supaya undang-undang ini tidak dicabar lagi pada masa depan.

Bicara kes pengubahan wang, elak cukai Rosmah Mansor bermula November
Rosmah berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750, serta lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Polis tumpaskan kegiatan dua beradik pecah kedai dobi
Polis berjaya menumpaskan jenayah dua beradik yang aktif melakukan kegiatan pecah kedai dobi layan diri 24 jam di sekitar Sungai Buloh, Gombak dan Kuang.

13,000 dos vaksin COVID-19 tiba di Sibu mampu tampung keperluan 'frontliners'
Secara keseluruhannya, 6,000 petugas barisan hadapan bakal menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.

Sidang Parlimen | Tumpu isu kepentingan rakyat di hadapan - Mas Ermieyati
Ahli Parlimen perlu meletakkan isu kepentingan rakyat, pemulihan ekonomi, pelan vaksin dan bersidang dalam mood bersama untuk memastikan negara berada kembali ke landasan yang sepatutnya jika sidang dewan diadakan, kata Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ismail Sabri seru kukuhkan UMNO, elakkan perpecahan
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar ahli-ahli parti itu mengukuhkan UMNO dan mengelakkan perpecahan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 yang sudah semakin hampir.

Vaksin COVID-19 | Penduduk Sabah diseru sambut program imunisasi
Jangan khuatir, jangan takut. Itu pesanan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah kepada penduduk negeri di bawah bayu itu untuk bersama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Vaksin COVID-19 | Menteri Kesihatan, KSU Negara terima suntikan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerima suntikan vaksin COVID-19 jam 12.45 tengah hari tadi. Beliau menerima suntikan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech itu bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Shafiq Abdullah.

Polis kenal pasti sindiket pelaburan dalam talian M2DCoin
Siasatan mendapati platform M2DCoin adalah laman web digital exchanger luar negara yang menggunakan hosting di Arizona, Amerika Syarikat.

Maybank beri panduan elak tertipu laman web 'phishing'
Maybank mengeluarkan beberapa panduan berikut untuk mengelakkan anda menjadi mangsa laman web phishing.

Sistem pertahanan negara, laman web masih selamat - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan mengulas mengenai ancaman serangan kumpulan penggodam terhadap beberapa laman web milik kerajaan.

Anonymous Malaysia dakwa beberapa laman web kerajaan sudah digodam
Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia mendakwa kumpulan yang digelar Cyberpunk Team sudah menggodam beberapa laman web milik kerajaan.

KPDNHEP halang akses 1,146 laman cetak rompak sejak 2018
55 peratus pengguna menyedari tindakan KPDNHEP menghalang akses ke atas laman cetak rompak yang menyebabkan 49 peratus daripada mereka tidak lagi melayari laman berkenaan.

Laman web KDN, PDRM mungkin jadi sasaran penggodam
Penggodam mungkin boleh menyasarkan beberapa laman web penting seperti Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sistem berkaitan kesihatan.

Kerajaan Thailand dikecam sekat laman web lucah terkenal
Tindakan itu melibatkan lebih 190 alamat URL bagi semua syarikat pembekal Internet dan operator telefon di negara itu.

Dakwaan Audrey Teh tidak benar sama sekali - KP Kesihatan
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia menyediakan rawatan kesihatan yang disubsidi tinggi bagi semua penduduk menerusi rangkaian besar hospital dan kliniknya.

Laman web Bursa Malaysia alami masalah teknikal, dagangan tidak terjejas
Laman web rasmi pengendali bursa saham, Bursa Malaysia Bhd sedang mengalami masalah teknikal sejak lewat pagi ini.

Kebenaran solat Jumaat, ibadah haji diputuskan Khamis ini
Pengumuman tersebut akan dibuat pada Khamis ini selepas perbincangan dilakukan bersama pihak berkaitan.