awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kerah lebih 800 anggota sempena malam tahun baharu

Hilal Azmi
Hilal Azmi
31/12/2016
13:27 MYT
Polis kerah lebih 800 anggota sempena malam tahun baharu
Lebih 800 anggota Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dikerah untuk berkawal sempena sambutan tahun baru. - Gambar Astro AWANI/ HILAL AZMI
Lebih 800 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah untuk berkawal di lokasi tumpuan sempena malam Tahun Baharu 2017.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, pihak memberi tumpuan dalam menjamin keselamatan serta ketenteraman awam.
"Kita tidak larang orang ramai untuk menyambut Tahun Baru, tetapi kita kena pastikan semuanya dalam keadaan aman dan selamat," katanya semasa memberi taklimat Penugasan Ambang Tahun Baharu di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Sabtu.
Beliau turut memberi penekanan agar tindakan diambil kepada individu yang menjual dan mengedar semburan buh atau 'foam spray' yang popular ketika sambutan ambang tahun baharu.
Katanya, semburan buih itu kerap kali mencetuskan pergaduhan sekali gus mengundang kekecohan ketika sambutan sampai ke kemuncak pada detik 12 tengah malam.
Topic Berkaitan
#Mohd Sukri Kaman
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan