GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan ahli keluarga atau kenalan kepada tiga individu yang rentung selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok sebelum hangus terbakar, dalam kejadian di Jalan Masjid Negeri, di sini awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata, sehingga kini pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti dan jantina tiga mangsa itu kerana kereta Toyota Vios yang dinaiki serta mayat mereka rentung sehingga 90 peratus.
"Polis menerima panggilan pada 3.05 pagi memaklumkan sebuah kereta terbabas dan melanggar pokok sebelum terbakar di simpang tiga Jalan Masjid Negeri/Jalan Tembaga dan sebaik anggota polis tiba, pasukan bomba sedang memadamkan kebakaran.
"Pihak bomba berjaya mengawal dan memadamkan api pada 3.20 pagi dan hasil pemeriksaan awal pada kenderaan berkenaan terdapat tiga mayat dalam keadaan rentung masih berada di tempat duduk kereta iaitu, seorang di bahagian pemandu, seorang di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan seorang lagi di bahagian tempat duduk belakang kereta," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dari kereta pada 5.40 pagi dan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.
Soffian berkata buat masa ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan dan mengenal pasti identiti ketiga-tiga mangsa terbabit dalam kejadian tersebut.
Katanya kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian dan sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga atau kenalan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Insp Nizam Abdullah di talian 010-9771517 atau menghubungi Balai Polis terdekat bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021
Identiti dan jantina tiga mangsa itu belum dapat dikenal pasti kerana kereta Toyota Vios yang dinaiki serta mayat mereka rentung sehingga 90 peratus. - Bernama
LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC
LFL digesa perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata.
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Lelaki warga Myanmar maut dalam pergaduhan
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah dipercayai ditikam dan dipukul pada bahagian kepala.
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Polis tumpas sindiket seludup 100kg ganja setiap minggu dari negara jiran
Sindiket itu menjual semula ganja berkenaan dalam pelbagai bentuk dan berat kepada pembeli di seluruh negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Pesara KOKITAB maut dilanggar lari
Mangsa, Mohd Abdillah Abu Bakar, 63, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.