Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penjualan butang baju Melayu berlogo PDRM yang dibuat secara terbuka dan atas talian sekali gus mampu mengundang perlakuan jenayah.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad kelengkapan dan peralatan pakaian seragam PDRM hanya boleh dijual kepada pegawai polis termasuk Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan, Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) dan Kadet Polis dengan menunjukkan Kad Sijil Pelantikan.
"Kesahihan status pembeli dan kad kuasa yang ditunjukkan secara atas talian tidak mungkin dapat dipastikan kerana setiap peniaga yang berlesen dikehendaki mencatatkan butiran pembeli ke dalam Buku Daftar Penjualan.
"Pembeli juga dikehendaki menandatangani di atas pembelian yang dibuat namun proses ini tidak dapat dilakukan sekiranya penjualan di buat atas talian," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut Asmawati berkata, peralatan polis adalah dikhususkan ke atas pakaian seragam polis dan jika perkara ini tidak dicegah dan dikawal ia mampu mengundang perlakuan jenayah seperti penyamaran dan sebagainya.
Justeru itu, tindakan segera akan diambil dengan memberi nasihat, membatalkan permit perniagaan atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu jika ia dijual tidak mengikut peraturan yang ditetapkan.
Afiezy Azaman
Thu May 23 2019
Asmawati berkata, peralatan polis adalah dikhususkan ke atas pakaian seragam polis dan jika perkara ini tidak dicegah dan dikawal ia mampu mengundang perlakuan jenayah seperti penyamaran dan sebagainya. - Foto ihsan PDRM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PDRM umum tujuh pertukaran pegawai kanan
Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan pada Rabu berkata semua pertukaran itu berkuat kuasa 21 Oktober depan.
Polis siasat maklumat rasmi rahsia tersebar di WhatsApp
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan bagi mencari punca kebocoran maklumat.
483 laporan polis dibuat berhubung kenyataan hina Nabi Muhammad
Datuk Asmawati Ahmad berkata kenyataan berbentuk penghinaan dibuat pemilik akaun itu di laman Facebook, yang dianggotai kumpulan tertutup.
Kanak-kanak lapan tahun hilang di Kuala Besut, Terengganu
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Saiful Aiman Mohammad dilihat kali terakhir pada pagi semalam.
Mohd Khalil pengarah narkotik Bukit Aman
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu.
Video dera bayi: Polis minta orang ramai beri maklumat
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung video yang tular di media sosial itu digesa menghubungi balai polis berhampiran.
Hari ke-12 Op Selamat 15/2019 catat 207 kematian
Op Selamat 15/2019 hari ke-12 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri dilancarkan sejak 29 Mei lalu merekodkan 207 kematian.
Angka kematian Op Selamat 2019 cecah 106 kes
Sebanyak 14,689 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan 100 daripadanya merupakan kemalangan maut.
Polis nafi gugur kalimah Allah, Muhammad pada logo PDRM
PDRM telah menetapkan dua garis panduan penggunaan logo pasukan yang berkuat kuasa pada tahun 2014.
Polis kesan butang baju Melayu logo PDRM dijual atas talian
Kesahihan status pembeli dan kad kuasa yang ditunjukkan secara atas talian tidak mungkin dapat dipastikan kerana setiap peniaga yang berlesen dikehendaki mencatatkan butiran pembeli.