awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2023
09:01 MYT
Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang
Allahyarham Zayn Rayyan. - Gambar fail/
PETALING JAYA: Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember lalu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan menerusi pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) secara besar-besaran baru-baru ini.
"Siasatan mendapati dua kanak-kanak ini mendakwa ternampak Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R pada petang 5 Disember lalu.
"Setakat ini, polis telah mengambil 10 sampel DNA menjadikan sebanyak 238 sampel," katanya pada Khamis.
Laluan menuju ke anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan berdekatan Blok R, Apartmen Idaman. - Foto Sinar Harian
Laluan menuju ke anak sungai yang menjadi lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan berdekatan Blok R, Apartmen Idaman. - Foto Sinar Harian
Beliau berkata, setakat ini, seramai 86 individu telah direkod keterangan.
Pada Rabu, polis memaklumkan pihaknya menemukan sehelai stoking di kawasan takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan pada 6 Disember lalu.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada stoking berkenaan adalah milik kanak-kanak autisme itu atau sebaliknya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Zayn Rayyan
#Hussein Omar Khan
#DNA
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan