awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
Perhebat gerakan boikot, desak hentikan kekejaman ke atas tahanan Palestin - BDS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan dua remaja hilang di Puchong

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/11/2025
09:15 MYT
Polis kesan dua remaja hilang di Puchong
Polis sedang mengesan V Kangadevi (kiri) dan Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah. - Foto PDRM Serdang
PUCHONG : Polis sedang mengesan dua remaja yang hilang dalam dua kejadian berasingan di Puchong, di sini.

Ringkasan AI
  • Polis mengesan seorang remaja perempuan, V Kangadevi (13), yang keluar dari rumah di Pangsapuri Vista Lavender pada Jumaat.
  • Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah (16) dilaporkan hilang selepas meninggalkan kediamannya di Bandar Puchong Jaya pada Khamis.
  • Kedua-dua remaja masih belum ditemui; orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kes pertama melibatkan remaja perempuan berusia 13 tahun dikenali sebagai V Kangadevi.
Beliau memberitahu, mangsa keluar dari rumahnya di Pangsapuri Vista Lavender, Seksyen 3, Taman Kinrara, pada Jumaat.
"Mangsa mempunyai kulit gelap, berambut panjang berwarna hitam serta memiliki ketinggian kira-kira 145 sentimeter (sm)," katanya dalam kenyataan, di sini pada Sabtu.
Muhamad Farid memeberitahu, dalam kejadian berasingan, seorang remaja lelaki berusia 16, Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah dilaporkan hilang selepas meninggalkan kediamannya di Bandar Puchong Jaya, di sini pada Khamis lalu.
"Remaja itu berkulit cerah, berambut pendek hitam, berbadan kurus serta berketinggian sekitar 162 sm," katanya lagi.
Muhamad Farid berkata, sehingga kini, kedua-dua remaja berkenaan masih belum ditemui dan polis sedang giat menjalankan usaha mengesan mereka.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil menghubungi mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#Polis Diraja Malaysia
#V Kangadevi
#Mohammad Iskandar Zulkarnain Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan