Skip to main content

Malaysia

Polis kesan empat individu disyaki pecah masuk rumah

[TB]_Mohd Hafiz Muhammad Nor_FB POLIS DAERAH SUNGAI BULOH
Mohd Hafiz berkata kejadian itu dipercayai dilakukan empat suspek bertopeng yang mengakibatkan kerugian barangan kemas dan kehilangan beberapa dokumen penting. - Foto Facebook/Polis Daerah Sungai Buloh
Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan empat individu disyaki memecah masuk sebuah rumah seorang wanita di Sungai Buloh, Selangor, yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM35,000.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada Ahad dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai dilakukan empat suspek bertopeng yang mengakibatkan kerugian barangan kemas dan kehilangan beberapa dokumen penting," katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Shamie Yusop melalui talian 013-6463069 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh 03-61561222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular video melalui media sosial memaparkan keadaan rumah seorang wanita berselerak selepas dipercayai dipecah masuk, dengan wang tunai, telefon bimbit, barang kemas serta pasport didakwa hilang.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement