awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu lari daripada pemeriksaan

Bernama
Bernama
20/09/2023
14:00 MYT
Polis kesan individu lari daripada pemeriksaan
Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan yang melarikan diri sewaktu pemeriksaan di Jalan Danau Saujana, Setapak, pada 12 Sept lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan yang melarikan diri sewaktu pemeriksaan di Jalan Danau Saujana, Setapak, di sini, pada 12 Sept lepas.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian pada 11.16 malam itu, anggota polis dari Balai Polis Setapak yang membuat rondaan telah melihat sebuah kereta dipandu lelaki yang dikenal pasti sebagai Mohamad Hizami Ahmad, 25, dalam keadaan mencurigakan.
"Ketika polis hendak membuat pemeriksaan ke atas kereta itu, tiba-tiba kereta tersebut mengundur lalu terlanggar sebuah kereta yang diletakkan di belakangnya dan melanggar pintu kenderaan anggota, seterusnya melarikan diri," katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu, katanya Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 /03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lari daripada pemeriksaan
#Polis Daerah Wangsa Maju
#Jalan Danau Saujana
#Setapak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan