awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu panah kepala anjing di Wangsa Maju

Sinar Harian
Sinar Harian
24/09/2022
23:15 MYT
Polis kesan individu panah kepala anjing di Wangsa Maju
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang tular memanah seekor anjing sehingga mati, dalam kejadian dipercayai berlaku pada Rabu di hadapan sebuah kondominium di Wangsa Maju. - Foto media sosial/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki tular memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati dalam kejadian dipercayai di hadapan sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan keterangan seorang pengawal keselamatan, kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu.
"Setakat ini tiada laporan diterima dan polis dalam usaha mengesan serta mengenal pasti suspek terlibat.
"Tiada kertas siasatan dibuka setakat ini tetapi jika suspek berjaya dikesan polis akan jalankan siasatan atas kesalahan penganiayaan terhadap binatang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ashari berkata, tidak menjadi kesalahan untuk memiliki, membeli atau membawa panah di tempat awam bagaimanapun, ia tidak boleh digunakan untuk perkara yang melanggar undang-undang.
"Jika digunakan untuk mencederakan manusia, kesalahan tertakluk kepada tahap mana kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 302, 324, 324 Kanun Keseksaan dan sebagainya," jelas beliau.
Katanya, untuk kes tular terbabit kertas siasatan akan dibuka atas kesalahan menganiaya haiwan jika suspek terbabit berjaya ditahan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#panah anjing
#kondominium Wangsa Maju
#Ashari Abu Samah
#aniaya haiwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan