awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam

Bernama
Bernama
15/11/2024
15:35 MYT
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Mohd Iqbal berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nor Idayu Abdul Aziz di talian 019-9459062. - Gambar media sosial
SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian 9 malam itu, mangsa berusia 48 tahun berada dalam kereta seorang diri di kawasan berkenaan sebelum didatangi suspek yang bertindak menghalau mangsa.
Beliau berkata susulan itu terjadi pertengkaran sehingga berlaku pergelutan antara kedua-dua lelaki warga tempatan itu.
"Semasa kejadian, suspek terlebih dahulu bertindak memukul mangsa dengan tangan sebelum mangsa membalas pukulan suspek. Kejadian telah dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
"Dalam kejadian tersebut, mangsa yang merupakan pemegang kad OKU mental mengalami kesan calar pada bahagian lengan kanan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Insp Nor Idayu Abdul Aziz di talian 019-9459062.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda tidak melebihi RM2,000 jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#OKU
#hukuman penjara
#orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan