awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu terbabit kes pukul, tular di media sosial

Aida Aziz
Aida Aziz
18/01/2022
12:08 MYT
Polis kesan individu terbabit kes pukul, tular di media sosial
Polis Ipoh mengesan satu video berdurasi 1 minit 5 saat memaparkan satu kejadian seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan individu lain, disyaki berlaku di dalam sebuah pusat beli-belah. - Foto: Polis Ipoh
IPOH: Polis sedang mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan individu, yang tular di media sosial.
Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Ipoh, bagaimanapun tarikh dan masa masih belum dapat dipastikan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan mengesahkan satu laporan polis telah diterima berhubung kejadian terbabit.
"Isu tular di media sosial mengenai satu kejadian seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan individu disyaki berlaku di Ipoh, Perak.
"Polis Ipoh mengesan satu video berdurasi 1 minit 5 saat memaparkan satu kejadian seorang lelaki dipukul oleh sekumpulan individu lain, disyaki berlaku di dalam sebuah pusat beli-belah di sini.
"Ia disebarkan oleh pemilik akaun laman media sosial Facebook bernama "Melvin Zheng Wenxin", dan telah mendapat perhatian masyarakat umum," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada masa yang sama katanya, pihak siasatan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian tersebut untuk membantu siasatan.
"Sehubungan dengan itu, orang awam disarankan supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini kerana ianya akan menjejaskan siasatan pihak polis.
"Dengan ini, PDRM daerah Ipoh ingin menyeru kepada mangsa dalam kes ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut untuk tampil ke ibu pejabat Polis Daerah Ipoh.
Jelasnya lagi, mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Norshaharah Marzuki di talian 012-507 7026 bagi membantu siasatan pihak polis.
Topic Berkaitan
#kes pukul
#video tular
#polis ipoh
#Yahaya Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan