awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu terlibat, saksi kes wanita terjun kenderaan

Bernama
Bernama
18/08/2025
11:30 MYT
Polis kesan individu terlibat, saksi kes wanita terjun kenderaan
Polis Diraja Malaysia mengesahkan setakat ini tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian berkenaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis mengesan individu terlibat dan saksi kejadian seorang wanita terjun keluar daripada sebuah kenderaan di Lebuhraya Sprint di sini, yang tular menerusi video berdurasi 14 saat.

Ringkasan AI
  • Polis mengesan individu dan saksi kejadian seorang wanita yang terjun keluar dari sebuah kenderaan sedang bergerak laju, seperti yang tular dalam video berdurasi 14 saat di media sosial.
  • Setakat ini, tiada laporan polis diterima berhubung insiden tersebut, dan orang awam yang terlibat atau menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan.
  • Maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Brickfields, Hotline Polis Kuala Lumpur atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata video itu dimuat naik menerusi akaun Facebook Lion Wong memaparkan seorang wanita telah membuka pintu dan keluar ketika kenderaan itu sedang bergerak laju di laluan kedua lebuh raya terbabit.
"Wanita tersebut telah bergolek di atas jalan raya dan hampir dilanggar oleh beberapa kenderaan. Polis Diraja Malaysia mengesahkan setakat ini tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.
"Orang ramai yang terlibat atau saksi kejadian diminta tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#polis
#Lebuhraya SPRINT
#terjun kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan