awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan individu umpil tabung masjid libatkan kerugian RM3,000

Bernama
Bernama
09/09/2024
23:20 MYT
Polis kesan individu umpil tabung masjid libatkan kerugian RM3,000
Imej yang dirakam kamera litar tertutup menunjukkan suspek memakai baju biru, seluar panjang berwarna coklat dan menggalas beg p-hailing. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai mengumpil dua tabung derma di Masjid An-Nur di USJ 4 Subang Jaya pagi Ahad yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,000.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat dalam kenyataan berkata perbuatan suspek yang memakai baju biru, seluar panjang berwarna coklat dan menggalas beg p-hailing mengumpil dan mengambil wang tabung di lobi masjid itu, dirakam kamera litar tertutup pada 11.40 pagi Ahad.
Beliau berkata kejadian itu disedari setiausaha masjid pada 9.30 malam hari yang sama.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat dan memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627222 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi duit tabung masjid
#tabung derma
#Masjid An-Nur USJ 4
#polis Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan