awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia dibelasah Afghanistan 7-0 di Piala Asia Futsal
Penerbangan terus Bangladesh-Pakistan beroperasi semula selepas 14 tahun
Gagal dihubungi tiga hari, wanita ditemui mati dibunuh di rumah sewa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan kumpulan remaja tunggang basikal lajak secara berbahaya di Jambatan Angkat

Bernama
Bernama
09/07/2025
15:00 MYT
Polis kesan kumpulan remaja tunggang basikal lajak secara berbahaya di Jambatan Angkat
Mohd Khairi berkata siasatan dijalankan untuk mengenal pasti semua individu terlibat yang didapati melakukan dua kesalahan iaitu mengubah suai basikal dan menunggang secara berbahaya. - Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Polis sedang giat mengesan sekumpulan remaja dipercayai bawah umur yang menunggang basikal lajak secara berbahaya di Jambatan Angkat di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata ia susulan aduan berkaitan video tular berdurasi kira-kira 40 saat yang memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal lajak menuruni jambatan secara melulu pada siang hari tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain.
Mohd Khairi berkata siasatan dijalankan untuk mengenal pasti semua individu terlibat yang didapati melakukan dua kesalahan iaitu mengubah suai basikal dan menunggang secara berbahaya.
"Penunggang basikal boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 42(1)(a) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 kerana menunggang basikal yang telah diubah suai sehingga membahayakan.
"Oleh itu, kita mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak dan tidak membenarkan mereka mengubah suai basikal secara berlebihan kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang. Ibu bapa juga boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati cuai mengawasi anak-anak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selain itu, Mohd Khairi berkata pihaknya akan meningkatkan rondaan di sekitar pusat bandar raya Kuala Terengganu serta kawasan tumpuan remaja bagi mencegah aktiviti berbahaya.
Beliau berkata orang ramai juga digesa supaya membuat aduan dan menyalurkan maklumat kepada polis sekiranya berlaku sebarang aktiviti tidak sihat yang boleh mengganggu ketenteraman awam di tempat masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#video tular
#jambatan angkat
#undang-undang
#basikal lajak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan