awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lapan individu bantu siasatan rusuhan di Genting Highlands

Bernama
Bernama
11/04/2024
22:15 MYT
Polis kesan lapan individu bantu siasatan rusuhan di Genting Highlands
Yahaya berkata kesemua lelaki itu dikesan hasil pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu. - Foto fail/BERNAMA
KUANTAN: Polis sedang mengesan lapan individu bagi membantu siasatan kes merusuh di Genting Club, Genting Highlands pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman menerusi kenyataan berkata kesemua lelaki itu dikesan hasil pemeriksaan lanjut terhadap kamera litar tertutup (CCTV) kelab itu.
Mereka ialah Lim Yong Sen, 43, beralamat terakhir di Taman Kempas Utama, Johor; Tay Kim Dar, 44, beralamat di Taman Sri Lalang, Kota Tinggi, Johor; Ong Jun Chuan, 39, dari Taman Desa Kempas, Johor dan Ivan Koh Zhen Yee, 23, dari Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor.
Turut dicari Khor Soon Tit, 24, beralamat di Taman Bakap Indah, Sungai Bakap, Pulau Pinang; Swe Kah Fai, 25, Pasir Bogak, Pulau Pangkor, Perak; Tan Chun Hou, 22, Taman Impian Indah Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Hos Yin Bin, 46, dari Pandan Jaya, Selangor.
Beliau berkata polis sebelum ini menahan empat lelaki tempatan yang terlibat dalam kes berkenaan dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh.
“Kesemuanya mengaku bersalah dan diikat jamin RM2,200 sementara menunggu sebutan semula kes pada 17 April ini,” katanya.
Yahaya sehubungan itu meminta orang ramai atau saksi bebas yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian dan suspek tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi talian 09-2222 222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rusuhan
#Genting Highlands
#Yahaya Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan