awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki Bangladesh dipercayai bunuh rakan senegara

Bernama
Bernama
20/05/2021
07:37 MYT
Polis kesan lelaki Bangladesh dipercayai bunuh rakan senegara
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Joynal supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki Bangladesh yang dipercayai membunuh rakan senegaranya dalam pergaduhan di sebuah kedai menjual kereta terpakai di Klang, 8 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata, Joynal Abadin, 40an, yang cedera ditoreh di tangan kiri ketika pergaduhan itu, melarikan diri selepas dirawat di klinik berhampiran.
Beliau berkata pergaduhan melibatkan kedua-dua lelaki Bangladesh berkenaan dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 petang di Bandar Baru Klang.
"Dalam kejadian itu, seorang daripada mereka maut disyaki dipukul dengan senjata di bahagian kepala manakala seorang lagi (Joynal) cedera akibat torehan pisau di tangan kiri dan melarikan diri selepas mendapatkan rawatan di klinik berhampiran," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Nurulhuda meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Joynal supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di talian 03-3291 2222 atau pengawai penyiasat ASP You Swee Leong di talian 012-4071452 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh
#kes bunuh
#Bangladesh
#polis
#PDRM
#bunuh rakan
#Klang
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan