awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan lelaki disyaki terlibat kes pukul di lebuh raya

Bernama
Bernama
22/09/2025
12:00 MYT
Polis kesan lelaki disyaki terlibat kes pukul di lebuh raya
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pukul menggunakan kayu di kawasan susur keluar Dengkil. - Foto hiasan/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes pukul menggunakan kayu di kawasan susur keluar Dengkil (arah utara) Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil, dua hari lepas (20 Sept).
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata semakan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa warga tempatan yang membunyikan hon kepada suspek kerana keluar dari susur secara melulu dan masuk ke laluannya.
"Suspek kemudiannya bertindak mengambil sebatang kayu dari dalam keretanya dan memukul lengan mangsa sebanyak satu kali. Mangsa terus menghampiri suspek yang mengundur ke belakang sebelum kembali ke lorinya untuk mengambil telefom bimbit bertujuan mengambil gambar suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Akmalrizal berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk hadir ke balai polis berhampiran atau boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang bersenjatakan kayu panjang kelihatan bertelagah dengan seorang lagi lelaki lain di susur kanan sebuah lebuh raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis kesan
#kes pukul
#Lebuh Raya PLUS
#Dengkil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan