awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemandu kereta langgar lari pelajar sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
06/09/2024
01:45 MYT
Polis kesan pemandu kereta langgar lari pelajar sekolah
Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di KM146.8 Jalan Johor Bahru-Melaka di Batu Pahat, pada petang Ahad lalu. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Polis mengesan pemandu kereta dalam insiden langgar lari yang menyebabkan seorang pelajar lelaki cedera di Kilometer (KM) 146.8 Jalan Johor Bahru-Melaka di sini, pada petang Ahad lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.35 petang.
“Kemalangan dipercayai berlaku ketika pelajar sekolah berusia 14 tahun itu sedang menunggang motosikal dari arah Sungai Nibong hendak keluar simpang menuju ke arah Sarang Buaya.
“Ketika sedang membelok ke kanan, tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah Batu Pahat dipercayai dipandu laju terus melanggar motosikal tersebut.
“Kereta tersebut juga tidak berhenti di tempat kejadian dan sehingga kini pemandunya masih belum tampil di mana-mana balai polis bagi membuat laporan polis,” katanya.
Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal itu kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.
Jika sabit kesalahan hendaklah dihukum denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh juga dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan.
Polis turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian agar tampil membantu siasatan polis.
Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Norman Ismail di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Batu Pahat di talian 012-7471229 atau di mana-mana balai polis berhampiran atau hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#langgar lari
#pelajar sekolah
#Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan