JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, semalam.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 2.36 petang, semalam susulan video tular berdurasi 54 saat itu dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa yang menghalang kenderaan suspek semasa melalui lorong kecemasan menyebabkan suspek dipercayai warga asing, tidak puas hati lalu keluar daripada kenderaan dan memecahkan cermin belakang kenderaan mangsa.
"Perkongsian tersebut telah meraih 2,300 reaksi, 694 komen, 3,000 perkongsian dan ditonton oleh 26,000 warga siber. Kes dikasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun atau tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Siasatan juga dijalankan secara selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Kumar berkata 70 individu terdiri daripada 48 lelaki, 20 wanita dan dua masih di bawah umur, ditahan dalam operasi khas pusat hiburan dijalankan pada 2 hingga 8 pagi di daerah ini, semalam.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 36 lelaki dan 16 wanita merupakan warga asing berusia antara 16 hingga 50 tahun, ditahan di dua pusat hiburan yang tidak mempunyai lesen serta beroperasi lebih masa.
"Hasil saringan awal air kencing terhadap mereka yang ditahan ini positif dadah jenis Methamphetamine, ketamin dan Tetrahydrocannabinol (THC). Polis akan membuat semakan dengan pihak imigresen untuk mengesahkan ketulenan dokumen perjalanan warga asing berkenaan.
"Permohonan reman akan dilakukan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6(2) dan 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
M Kumar berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 2.36 petang, semalam susulan video tular berdurasi 54 saat itu dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo. - Gambar fail/FB Polis Johor
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.
Fokus Minggu Depan: Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Lelaki rugi lebih RM13,000 terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang lelaki berputih mata apabila wangnya berjumlah RM13,460 lesap setelah menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.
Misi ditangguh, delegasi Malaysia berlepas pulang
Delegasi Malaysia dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza akan berlepas pulang malam ini.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Keputusan dicapai selepas Freedom Flotilla Coalition (FFC) tidak dapat meneruskan misi selepas Republik Guinea-Bissau menarik balik kebenaran menggunakan bendera untuk dua kapal yang digunakan.
Laporan lanjut bersama Syaff Shukri di Istanbul.
Mahmoud Abbas menyeru semua negara iktiraf Palestin
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyeru semua negara untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka serta mengiktiraf ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau diberi peluang berucap di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi hari ini.
Mesyuarat Khas WEF: Rangkuman hari pertama, tiga kayu ukur ekonomi perlu ada
Jurang pemulihan ekonomi menjadi modal mula mesyuarat khas World Economic Forum di Riyadh.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
Bagi Malaysia, kelebihan asean di ketengahkan, manakala negara maju mahu keadaan ekonomi yang lebih sekata.
Persoalan besar adalah bagaimana titik keseimbangan dapat dicapai?
Najib Aroff bawakan laporan.
SPRM mohon maklumat dari Jerman berhubung dana 1MDB disyaki beli kereta mewah
Ia berhubung laporan kereta mewah dirampas oleh pihak berkuasa Jerman di Munich yang dipercayai berkait dengan kes 1MDB.
P.Pinang kerjasama dengan Persekutuan teruskan usaha tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Akta baharu berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini sekali gus meningkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di seluruh negara, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Pelaburan baharu memberi cabaran baharu kepada Malaysia
Pelaburan baharu yang diterima Malaysia memberi cabaran baharu khususnya dalam memberi fokus dalam bidang teknologi dan juga Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Polis kesan pemandu pecah cermin kenderaan di lebuh raya
Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.