JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, semalam.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 2.36 petang, semalam susulan video tular berdurasi 54 saat itu dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa yang menghalang kenderaan suspek semasa melalui lorong kecemasan menyebabkan suspek dipercayai warga asing, tidak puas hati lalu keluar daripada kenderaan dan memecahkan cermin belakang kenderaan mangsa.
"Perkongsian tersebut telah meraih 2,300 reaksi, 694 komen, 3,000 perkongsian dan ditonton oleh 26,000 warga siber. Kes dikasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun atau tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
"Siasatan juga dijalankan secara selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Kumar berkata 70 individu terdiri daripada 48 lelaki, 20 wanita dan dua masih di bawah umur, ditahan dalam operasi khas pusat hiburan dijalankan pada 2 hingga 8 pagi di daerah ini, semalam.
Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 36 lelaki dan 16 wanita merupakan warga asing berusia antara 16 hingga 50 tahun, ditahan di dua pusat hiburan yang tidak mempunyai lesen serta beroperasi lebih masa.
"Hasil saringan awal air kencing terhadap mereka yang ditahan ini positif dadah jenis Methamphetamine, ketamin dan Tetrahydrocannabinol (THC). Polis akan membuat semakan dengan pihak imigresen untuk mengesahkan ketulenan dokumen perjalanan warga asing berkenaan.
"Permohonan reman akan dilakukan hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6(2) dan 11(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
M Kumar berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 2.36 petang, semalam susulan video tular berdurasi 54 saat itu dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo. - Gambar fail/FB Polis Johor
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Polis kesan pemandu pecah cermin kenderaan di lebuh raya
Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis Mitsubishi Lancer disyaki terlibat dengan perbuatan khianat memecahkan cermin kenderaan lain di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.