awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM

Bernama
Bernama
06/02/2025
15:01 MYT
Polis kesan pemilik blog didakwa fitnah bekas Naib Canselor UKM
Hussein berkata rakaman keterangan pemilik blog berkenaan diperlukan bagi siasatan pihaknya terhadap dua laporan polis yang telah dibuat berhubung isu berkenaan. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan pemilik blog yang dipercayai memuat naik kandungan didakwa berunsur fitnah terhadap bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan pemilik blog berkenaan diperlukan bagi siasatan pihaknya terhadap dua laporan polis yang telah dibuat berhubung isu berkenaan.
"Selain pemilik atau penulis blog, polis juga telah merakam keterangan beberapa individu lain. Kita turut menunggu masa sesuai untuk merakam keterangan bekas naib canselor berkenaan," katanya dalam sidang media Op Palu sempena Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.
Semalam, Hussein memaklumkan pihaknya menerima dua laporan polis berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepada Mohd Ekhwan dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 4 Feb lepas, media melaporkan Mohd Ekhwan telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa 2 Feb 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#blog
#fitnah
#Thaipusam
#UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan