awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan saksi kes penunggang maut digilis treler

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2022
23:50 MYT
Polis kesan saksi kes penunggang maut digilis treler
Seorang penunggang motosikal maut digilis sebuah treler selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan di Jalan Sungai Buloh-Kepong. - Foto Sinar Harian
PETALING JAYA: Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal dan sebuah treler di Jalan Sungai Buloh-Kepong, berhampiran jejambat Damansara Damai menghala Kepong, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 hilang kawalan sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 8 pagi.
Menurutnya, pihak polis menerima panggilan kecemasan berkenaan kemalangan tersebut pada jam 8.23 pagi.
"Mangsa hilang kawalan dan terjatuh di tengah jalan lalu digilis oleh tayar belakang sebuah treler.
"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun disahkan maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sehubungan itu, beliau meminta saksi kemalangan supaya tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011 32311232 untuk membantu siasatan.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.
BACA: Lelaki maut tersepit tayar belakang kontena
Mangsa, Danial Imran Kamarolzaman didapati tersepit di bahagian tayar belakang kontena berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya mengambil masa beberapa minit untuk membawa keluar mangsa menggunakan peralatan ‘air lifting bag’ dan bantuan excavator.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#maut digilis treler
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#Jalan Sungai Buloh-Kepong
#Honda EX5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan