awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan suspek lelaki warga India bantu siasatan kes bunuh

Bernama
Bernama
06/08/2021
12:21 MYT
Polis kesan suspek lelaki warga India  bantu siasatan kes bunuh
Baharudin berkata suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan, telah dikenal pasti berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup di lokasi kejadian. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis Shah Alam meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkenaan seorang suspek yang dipercayai lelaki warganegara India, susulan penemuan mayat seorang wanita tempatan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, dekat sini, 26 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mohd Hamizi Abu Bakar di talian 012-3920076 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222.
Baharudin berkata suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan, telah dikenal pasti berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup di lokasi kejadian.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 26 Julai, pihak polis dimaklumkan menerusi panggilan telefon daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita tempatan di belakang deretan kedai di Jalan Damai 25/60, Taman Sri Muda, dekat sini, pada 7.06 pagi.
"Mangsa dipercayai berusia lingkungan 60-an dan terdapat kecederaan di bahagian muka dan kepala," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis shah alam
#kes bunuh
#warga india
#mayat wanita
#bunuh
#Ketua Polis Daerah Shah Alam
#Baharudin Mat Taib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan