MACHANG: Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah dianggarkan bernilai RM320,000 di Kota Bharu, awal Januari tahun lepas.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ketiga-tiga mereka dikenali sebagai Mohamed Zahiduddin Mohamed, 43, Luqman Nurhakim Perma Suria, 36, dan Mohamad Shukkram Perma Suria berusia 28 tahun.
Beliau berkata pada Januari tahun lepas, seorang pengusaha batik wanita berusia 53 tahun telah membuat urusan pembelian sebidang lot tanah berkeluasan 0.53 hektar di Mukim Guntong, di sini, bagi pihak suaminya.
"Mangsa telah membuat transaksi sebanyak RM320,000 kepada penjual, di sebuah bank di Kubang Kerian dan disaksikan suaminya.
"Selepas pembayaran dibuat kepada penjual tanah, penama menyerahkan satu geran asal bagi urusan hartanah beserta satu salinan borang 14A yang tertera namanya dan turut menandatangani surat akuan sumpah," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata pada 3 Ogos tahun lepas, wanita berkenaan ke Pejabat Tanah Kota Bharu bagi urusan pindah milik tanah kepada nama suaminya, dan dia dimaklumkan tanah itu sudah dipindah milik kepada nama orang lain.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kubang Kerian pada tarikh yang sama, selepas dia merasakan dirinya terpedaya berikutan kerugian besar dialaminya.
"Oleh itu, saya meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Insp Siti Muslihah Mohamed di talian 010-9012988," katanya.
Sementara itu, Muhamad Zaki berkata proses untuk menahan bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed yang hadir ke Kelantan semalam untuk tujuan perniagaan, diserahkan kepada pihak mahkamah untuk menentukan penahanannya.
"Sekiranya ada permintaan untuk polis menahan usahawan berkenaan, kami perlu melalui proses mahkamah sebelum bertindak," katanya.
Pada 27 Jun, empat Mahkamah Majistret mengeluarkan waran tangkap terhadap Norjuma kerana gagal hadir prosiding sebutan semula tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat yang dihadapinya antara 2017 dan 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Muhamad Zaki berkata pada 3 Ogos tahun lepas, wanita berkenaan ke Pejabat Tanah Kota Bharu bagi urusan pindah milik tanah kepada nama suaminya, dan dia dimaklumkan tanah itu sudah dipindah milik kepada nama orang lain. - Gambar fail/Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Kes Ebit Lew: Saksi khuatir orang ramai tidak percaya jika buat laporan polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau memang berniat membuat laporan polis terhadap Ebit Lew, namun khuatir orang ramai tidak akan mempercayainya.
48 individu ditahan terbabit penipuan dalam talian di Port Dickson
Polis menahan 48 individu kerana terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri yang dijalankan di empat lokasi berasingan.
Ebit Lew cerita tentang layanan seks dimahukan - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, pernah berbicara dengannya mengenai layanan seksual yang diinginkan oleh pendakwah itu.
Lelaki warga emas didenda RM1,500 gaduh rebut parkir kereta
Seorang warga emas hari ini didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku memukul seorang lelaki dalam perebutan tempat letak kereta, dua bulan lepas.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 Disember 2024.
Suami Zahnita Wilson akan didakwa esok, turut positif dadah
Suami kepada peragawati dan pelakon terkenal, Zahnita Wilson, akan didakwa di mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis.
Lelaki didakwa tipu bagi dapatkan gelaran 'Dato'
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi membantu mendapatkan darjah kebesaran gelaran 'Dato' yang tidak wujud, tiga tahun lepas.
Kes curi RM200,000: Pengawal keselamatan dihukum penjara setahun, denda RM4,500
Tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan secara bersama dengan dua rakan sekerjanya melakukan jenayah itu.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.