awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan tiga lelaki bantu siasatan kes pukul

Bernama
Bernama
16/04/2023
01:35 MYT
Polis kesan tiga lelaki bantu siasatan kes pukul
SEREMBAN: Polis sedang mengesan tiga lelaki untuk membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah restoran di Taman Permai Seremban seperti video yang tular di laman sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata ketiga-tiga individu berkenaan dikenali sebagai V Raja Kumar, 29, S Agilan, 24, dan Suresthiran.
"Siasatan mendapati ketika kejadian pada dua hari lepas, mangsa seorang buruh berusia 16 tahun dikatakan sedang makan bersama rakannya di restoran berkenaan sebelum diserang oleh tiga lelaki yang dikenali.
"Mangsa turut ditarik sehingga ke luar restoran dan telah dipukul berkali-kali, tidak lama kemudian dia berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis pada 3.46 pagi. Motif pergaduhan disyaki kerana perselisihan faham," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Nanda berkata sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Semalam, tular beberapa video berdurasi 10 hingga 23 saat memaparkan seorang lelaki dipukul tiga lelaki di restoran berkenaan sehingga mendatangkan kecederaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#siasatan
#kes pukul
#Nanda Maarof
#Polis Daerah Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan