awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan video berita palsu guna logo PDRM

Astro Awani
Astro Awani
07/06/2021
00:50 MYT
Polis kesan video berita palsu guna logo PDRM
Audio dalam klip video itu menyatakan sesiapa yang keluar rumah selepas jam 6 petang akan ditangkap.
KUALA LUMPUR: Polis mengesan penyebaran satu klip video menggunakan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kandungan maklumat palsu di media sosial, pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo, berkata klip video itu antara lain memaparkan tangkap layar artikel portal berita 'Suara Sarawak' bertajuk 'Tiada kompromi lagi, keluar selepas jam 7 petang kena tangkap'.
Artikel itu didapati disiarkan dalam talian pada 24 Mac 2020 dan tangkap layar artikel itu dipinda individu tidak bertanggungjawab dengan memasukkan logo PDRM serta perkataan 'Diraja Malaysian IPK KL polis' yang ternyata salah.
Audio dalam klip video itu menyatakan sesiapa yang keluar rumah selepas jam 6 petang akan ditangkap, kecuali mereka yang mempunyai urusan di klinik atau hospital dan hal membabitkan kecemasan seperti membawa orang sakit.
Turut dinyatakan, mereka yang keluar rumah selepas jam 6 petang untuk membeli makanan akan ditangkap atas arahan Ketua Polis Negara.
Lei Choo berkata, inti pati klip video berkenaan adalah palsu kerana orang ramai dibenarkan keluar rumah untuk membeli keperluan asas dan makanan pada waktu kedai beroperasi sehingga jam 8 malam.
Katanya, kebenaran itu sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertarikh 2 Jun lalu yang dikuatkuasakan kerajaan.
Individu yang dengan niat menularkan berita tidak benar berkaitan COVID-19 untuk menyebabkan ketakutan dan kebimbangan kepada orang awam adalah salah mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa perlu) (no. 2) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Difahamkan, video berdurasi 34 saat itu dikesan tersebar menerusi aplikasi WhatsApp serta TikTok bersama audio suara seorang lelaki yang menyebarkan maklumat tidak benar berhubung SOP PKP.
Topic Berkaitan
#polis
#PDRM
#video palsu
#Tular
#Yong Lei Choo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan