awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan waris mangsa kemalangan di Kuala Ampang

Bernama
Bernama
15/09/2023
04:20 MYT
Polis kesan waris mangsa kemalangan di Kuala Ampang
Mangsa berketinggian kira-kira 170 sentimeter ke atas, memakai baju warna gelap, berseluar panjang warna hitam dan memakai kasut but warna hitam semasa kejadian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran perhentian bas di hadapan Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang, Selangor, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an, tidak mempunyai pengenalan diri semasa kemalangan dan status kewarganegaraan juga tidak dapat dipastikan.
"Mangsa berketinggian kira-kira 170 sentimeter ke atas, memakai baju warna gelap, berseluar panjang warna hitam dan memakai kasut but warna hitam semasa kejadian.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai waris individu tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat IPD Ampang Jaya Insp Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa kini berada di Hospital Ampang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nahas
#mangsa kemalangan
#waris
#Hospital Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan