awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah Pahang RM8, RM14 dan RM21
Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama kewartawanan menerusi MMM-Dewan Pers - Teo
Polis rampas mercun, bunga api lebih RM3 juta di Kota Bharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan waris mangsa terlibat kemalangan di MRR2

Bernama
Bernama
19/09/2023
15:54 MYT
Polis kesan waris mangsa terlibat kemalangan di MRR2
Mohd Azam berkata siasatan lanjut mendapati kawasan kemalangan tidak dilengkapi dengan pengawasan kamera litar tertutup. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan waris seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 menuju Pandan Indah, Ampang Jaya, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata mangsa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya beberapa barang peribadi miliknya ditemui di lokasi kejadian antaranya beberapa keping wang ringgit Malaysia, sebuah telefon bimbit rosak serta sekeping gambar berukuran saiz pasport dipercayai gambar milik mangsa.
"Mangsa dianggarkan berusia lingkungan 40-an, berkulit sawo matang, mempunyai ketinggian lebih kurang 170 sentimeter dan memakai baju warna gelap serta berkain pelekat.
"Kejadian itu berlaku pada 4.46 pagi dan mangsa telah ditemukan pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan, selain disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata siasatan lanjut mendapati kawasan kemalangan tidak dilengkapi dengan pengawasan kamera litar tertutup.
"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai mangsa atau waris mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini," katanya.
Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik BSPT IPD Ampang Jaya, Insp G Navine di talian 012-6436327 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis kesan waris
#mangsa kemalangan
#mrr2
#Pandan Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan