awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Kinabatangan lepaskan 12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham

Bernama
Bernama
08/02/2024
15:00 MYT
Polis Kinabatangan lepaskan 12 das tembakan supaya buaya lepaskan mangsa dibaham
Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham haiwan berkenaan di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 hari ini. - Gambar hiasan
KINABATANGAN: Polis Kinabatangan terpaksa melepaskan 12 das tembakan supaya seekor buaya melepaskan seorang mangsa yang dibaham haiwan berkenaan di Ladang Limddale, Kampung Paris 2 dekat sini hari ini.
Bagaimanapun hanya kaki kiri mangsa ditemukan, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah malam ini.
"Mangsa telah dijumpai oleh pasukan penyelamat pada 5.45 petang tadi di dalam mulut buaya. Pihak polis melepaskan 12 das tembakan sehingga buaya berkenaan melepaskan mangsa.
"Hanya kaki kiri mangsa sahaja dijumpai. Tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya," menurut kenyataan itu.
Mangsa seorang lelaki Indonesia dikenali sebagai Roberto Martinus, 48, yang dilaporkan hilang lebih kurang 6.40 pagi semalam, dikhuatiri dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti memancing di sebatang sungai di ladang berkenaan.
Tiga anggota polis, tiga staf Jabatan Hidupan Liar dan 35 orang awam menyertai operasi mencari mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kinabatangan
#das tembakan
#buaya
#Ladang Limddale
#Roberto Martinus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan