awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL keluar lebih 16,000 saman sejak pelaksanaan Op PUU mulai 1 Okt

Bernama
Bernama
06/10/2025
12:00 MYT
Polis KL keluar lebih 16,000 saman sejak pelaksanaan Op PUU mulai 1 Okt
Pemandu kereta merekodkan jumlah saman tertinggi dalam Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) Polis Kuala Lumpur sejak operasi itu bermula pada 1 Okt lepas hingga semalam dengan 13,365 saman dikeluarkan. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemandu kereta merekodkan jumlah saman tertinggi dalam Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) Polis Kuala Lumpur sejak operasi itu bermula pada 1 Okt lepas hingga semalam dengan 13,365 saman dikeluarkan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata penunggang motosikal pula mencatatkan 2,813 saman diikuti pemandu van dan kenderaan pacuan empat roda dengan 200 saman.
"Sebanyak 141 saman dikeluarkan kepada pemandu lori, pejalan kaki (381), teksi (62) dan bas (6) menjadikan jumlah keseluruhan saman dikeluarkan pada lima hari pelaksanaan Op PUU sebanyak 16,968," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kesalahan menghalang lalu lintas adalah kesalahan tertinggi direkodkan dengan 11,720 saman, diikuti kesalahan mengabaikan isyarat lalu lintas sebanyak 2,036 saman.
"Kesalahan lain antaranya tiada atau tamat lesen memandu sebanyak 702 saman, cukai jalan tamat tempoh (489), tidak menggunakan jejantas atau lintasan pejalan kaki (381), tidak berhenti di lampu isyarat merah (148) dan ubah suai kenderaan (80)," katanya.
Polis Kuala Lumpur memulakan tindakan saman serta-merta kepada pesalah lalu lintas pada 1 Okt lepas menerusi Op PUU yang dilaksanakan secara berterusan tanpa mengira waktu di seluruh ibu negara bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi undang-undang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Operasi Patuh Undang-Undang
#pemandu kereta
#saman tertinggi
#Polis KL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan