awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL lupus dadah bernilai RM8.89 juta

Bernama
Bernama
25/10/2023
07:36 MYT
Polis KL lupus dadah bernilai RM8.89 juta
Allaudeen berkata proses pelupusan dilakukan hari ini oleh kontraktor dilantik di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Polis akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM8.89 juta yang dirampas sekitar ibu negara dari 2001 hingga 2021, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata proses pelupusan dilakukan hari ini oleh kontraktor dilantik di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.
"Dadah yang dilupus melibatkan 2,894 kertas siasatan yang semuanya telah selesai menjalani proses mahkamah.
"Keseluruhan dadah dilupuskan dianggar seberat 325.3 kilogram (kg) dan 907.6 liter antaranya membabitkan methamphetamine seberat 36.1 kg, heroin (34.1 kg, kanabis (72,2 kg), ketamin (1.5 kg) dan air ketum (mitragynine) 871,579 mililiter," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Allaudeen berkata keseluruhan dadah itu mampu digunakan oleh 250,000 penagih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis KL
#lupus dadah
#Allaudeen Abdul Majid
#JSJN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan