MALAYSIA
Polis KL lupus pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM44.3 juta

Fadil (tengah) menunjukkan barang kes dadah yang akan dilupus pada Majlis Pelupusan Barangan Kes Dadah IPK Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM44.3 juta.
Ringkasan AI
- Polis Kuala Lumpur melupuskan barang kes dadah bernilai RM44.3 juta, melibatkan 839 kg dadah dan 1,345 liter cecair dari 21,293 kertas siasatan sejak tahun 2009.
- Jenis dadah yang dilupuskan termasuk methamphetamine, ketamin, MDMA, heroin dan kanabis, dengan pelupusan dilakukan di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan mengikut peraturan rasmi.
- Dadah yang dilupuskan dianggarkan mampu menjejaskan lebih 1.7 juta individu jika berjaya diedarkan di pasaran, menunjukkan impak besar terhadap keselamatan awam.
"Antara barang kes dadah yang dilupuskan terdiri methamphetamine dan ketamin seberat 245.56 kg bernilai RM27 juta, 140.39 kg MDMA (RM7.01 juta), 87 kg heroin (RM2.1 juta) serta 199.09 kg kanabis (RM5.9 juta).
"Antara kertas siasatan yang terlibat membabitkan Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya1952," kata beliau pada sidang media Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.
Beliau berkata nilai keseluruhan dadah yang dilupuskan dianggarkan mampu menjejaskan lebih 1.7 juta individu sekiranya berjaya diedarkan di pasaran.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami